saje je nk bg info.. ni ape yg aku jumpe kat internet..kalo bole amalkan la ye!

Thursday, May 14, 2009

RAMAI ulama yang menyusun kitab dan risalah untuk menerangkan faedah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah, maka dapatlah dia menerima:

# Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya. Rahmat Allah adalah satu perkara yang sangat dikehendaki dan dimohon bersungguh-sungguh oleh setiap mukmin. Hal ini kerana sebarang nikmat iaitu ilmu pengetahuan, anak pinak, harta benda, pengaruh dan kebesaran, kalau tidak disertai oleh rahmat Allah akan menjadi bala bencana.

Oleh itu, Tuhan menyuruh kita bergembira dengan rahmat kasih sayang-Nya saja.

# Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

# Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.

# Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama seseorang itu berselawat kepada Nabi Muhammad.

# Jaminan terpelihara dan terselamat daripada segala yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

# Habuan yang menyelamatkan daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

Semuanya di atas, kecuali faedah atau kelebihan terakhir, ditegaskan oleh hadis berikut:

# Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i, Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

# Daripada Anas bahawa Nabi bersabda: "Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia..." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

# Dari Ibn Mas'ud, bahawa Rasulullah bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

# Daripada `Amir bin Rabi'ah bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah malaikat berdoa untuknya selama dia berselawat kepadaku.

"Oleh itu, terpulang kepada seseorang sama ada dia hendak berselawat sedikit atau banyak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah).

# Daripada Ubai Ka ab, katanya: "Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan, maka sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"

"Baginda menjawab: "Sekadar mana yang engkau suka."

Aku berkata: "Aku hendak peruntukkan sesuku daripada masaku." Baginda bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau begitu aku peruntukkan setengah daripada masaku."

Baginda bersabda: "Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

"Aku berkata: "Kalau demikian, aku peruntukkan dua pertiga daripada masaku."

Baginda bersabda: "Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan."

Baginda bersabda: "Jika demikian, terpelihara dan terselamatlah engkau daripada apa yang mendukacita dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu..." (Hadis riwayat at-Tirmizi, Imam Ahmad dan al-Hakim) – Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


saje nk share ngan sume kelebihan berselawat..

i'm home..

Monday, March 9, 2009

alhamdulillah..dah sebulan lbih aku xblik umah..rindu giler kat sumer org. tp jap lg dah nk blik la pulak! malas nye rase! tp kene gak la blik sbb kene wat technical analysis, and mcm2 lg..kay la xtaw nk tulis mende ape lg...pada sume dak2 investment part 6, moge2 grad on time and gud luck!

lagi2 nanyang...

Monday, February 9, 2009

balik2 muke aku, ejan, azni, faris and arif je kat nanyang ni...dah mcm bilik kedue kitorg dah ni...arini uitm xde letrik smpai ke mlm..sbb aku da tanye pakcik yg btolkan lektrik tu..sok ade test investment law and sok gak nk kne submit report untuk industry analysis..tp yg final report kne antar jumaat nanti.aku xbce pape pon untuk law ni..dan sgt cuak skg..tp biarla dulu..aku tension bangat smpai xtaw nk wat ape hari ni..tp, bile dah ade ngan kwn2 aku..perasaan cuak and tension tu mkin berkurang la..sbb aku bukan rase mende tu sorg2..org len pon same.

kitorg kat nanyang!!

Monday, February 2, 2009

yehaaa...ngah tension wat report viva..sok dah le aku kne present BD..takot giler ni..nk practice blom smpat...Add Imagewaaaa!!!!!! kay la..nk cepat! daa

benggang tol aku...

Thursday, January 29, 2009

internet kat umah aku xleh gne!!! susah tol la aku nk cri info pasal viva and xsignment aku yg lelain..haaih...naseb bek ade membe aku yg baik ati n(wawa comei)- die kate...temankan sampai kat kfc..jauh lak tu jln! berpeluh ketiak die...hahaha hmmm..yg plg aku benggang, kat restoran mamk dpn umah aku tu..dulu aku bole je wifi kat kedai die...alih2 td aku tanye, die kate da x bole..tah paham ke tak soklan aku td tu..pakai jawab je keling tue tu!! bodo btol!! tu yg wat aku benggang. mcm nk taknk je jwb soklan. kay la..nk cari info ni..daa

benggangnyer!!

Thursday, January 22, 2009

pagi td kat kelas bond, si arif n faris kate xjd blik kl arini...sbb ade kuiz untk kelas portfolio dorg esoknye...(jumaat)okeyh...fine la kalo cmtu.pastu tetibe je kate blik arini pulak..mcm k****g! taw la kulit da same warne..ngok ngek btol dorg ni..si faris pon da pandai da nk kene kan org...bengkak je ati aku pg td..spoiled mood nk blaja bond je...hmmm...xpe la...pape pon, aku,ejan n nini da slamat sampai kat kl..so, korg dimaapkan..walopon xmintak maap...kite xpyh tunggu org lain dtg mohon sembah maap kat kite untuk kite maapkan org tu kan...so...jgn buat lg next time! bukan skali due korg asyik wat camtu...tp bnyk kali la gak....dah la...dah lepas pon!! hehehe kay la..nk bersiap nk g tgok wayang kat TS..daa

kata2 hikmah

Friday, January 16, 2009

Ini kata-kata hikmah yang saya dapat dari internet.Harap kita boleh kongsikan bersama2 untuk renungan bersama.........

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman

.2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membua tmuda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup" 

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan(Terhadap Dosa);Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah mengujiketeguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapikita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat.Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

jadikanlah kata2 diatas sebagai panduan..manusia akan sentiasa membuat kesilapan dan kejahatan...manusia yg jahil adalah mereka yg tidak mahu berubah walaupun tahu yang die salah..setiap perubahan tu makan masa...mula lah walaupun sikit.

tah la..

Wednesday, January 14, 2009

ni first time aku edit post aku sejak blog aku ditubuhkan..hehehe
gile lembab aku ni..tp xpe..blaja plan2. ni pon ejan yg ajar aku camne nk edit post ni. Kalo x, mcm tu jer la blog aku. wat penat Pn.Rasyidah ajar je.hmmm..xtaw nk tulis ape sbnarnyer..tp, nk tulis ar gak sket2...nanti si arif tu soh aku delete blog ni plak! taw la die tu mmg pro bab2 komputer ni..kalo tgok die menaip ke edit2 somthng gne komputer ke...mmg pantas jari tulang2 kering die tu buat keje...gile respect aku kat die! mulut pon hebat gak! hakhakhak hmmm...now aku da final sem. hope sem ni dapat la DL lg..walo pon last sem hajat aku n azni xkesampaian. yaaaaaayyy!! da nak grad!! tp... bile pikir2 balik, jd sedey plak..sbb nk berpisah ngan kwn2 yg bnyak bg support kat aku especially ejan and azni..ade gak la kwn2 lain mcm dayah(ex-roomate aku) dak2 kelas aku (C3) contohnyer sya, husna, zatie,ira,zura,faris,arif,apak,kuntum,blue,bacool,pandi,epul,paen,zahir,saf, laici and many more...penat plak nk list down sume name..walopon korg rase mcm aku ni nothing pade korg..tp aku ttp anggap korg 'somthing' dlm idop aku ni..sbb korg bg aku bnyk pengalaman...suke duke...xkesah la same ade aku suke ke x..blaja same2 kat lib...g bazaar same2..mkn same2..lepak nanyang or old taste same2...(walopon xbole slalu..sbb transport xde) ngumpat same2 kat lib gak( da la mse tu ngah pose! batal pose aku..) tp kenangan tu xbole lupe seh..hope kite still will be fren xkire la aral ape yg melintang or mendatang..yg tetibe je bole jd punce kepade kerenggangan kite..slalu la berpikir positive and berbincang ngan hati yg terbuke untk selesaikan masalah ni..(aku bru je dpt pengajaran pasal mende ni) thanx you guys! kay la...lenguh plak dok bersile lame2..nek kebas kaki ni...then effect kat mood aku nk menaip..sampai sni dlu la ek..see ya! insya'allah..